Sunday, September 26, 2010

Minggu 9 : Jurnal Refleksi

Assalamualaikum...
Pada minggu ke 9 ini, pembentangan berkenaan muzik Ghazal dijalankan. Lazimnya, Ghazal dikenali di Johor di negara kita, tetapi muzik ghazal ini dipengaruhi dari negara timur tengah yang berhijrah ke negara ini. Sebenarnya, terdapat dua jenis ghazal di malaysia iaitu Ghazah Parti dan Ghazal Johor. Ghazal Parti ialah sebuah persembahan yang menggabungkan muzik, lagu, lawak dan tarian dan terkenal di Utara Malaysia terutamanya di Pulau Pinang. Gaya bahasa yang digunakan cenderung kepada dialek utara iaitu dialek Kedah dan Pulau Pinang. Di dalam persembahan ghazal parti ini juga alat alat muzik yang digunakan adalah seperti gambus, violin, akordian, seruling, drum atau rebana. Namun perubahan masa dan juga pengaruh muzik semasa persembahan ghazal parti turut menggunakan alat muzik seperti saxophone, trumpet, marakas, kerincing dan bongo. Kebanyakkan lagu-lagu yang popular datang dari tanah Arab sendiri dan dinyanyikan dalam bahasa Arab atau ditukar dalam bahasa Melayu. Antara lagu-lagu yang popular ialah seperti “Alabaladi”, “Anawintal Wahdina”, “Ahbabinna”, “Wai Ya", "Ya Gamil", "Istak na ya albi", "ma'al wen telu dan banyak lagi.
Kebanyakkan lagu-lagu Arab yang digemari adalah berima masri dan berbagai lagi. Lagu-lagu persembahan ghazal parti ini kebanyakkannya diambil dari nyanyian penyanyi-penyanyi Timur Tengah yang popular seperti Fairuz, Ommu Kulthum Muhammad Abdul Wahab dan juga Abdul Halim Hafiz. Lagu-lagu ada yang berunsur nasihat, semangat bekerja, percintaan dan juga patriotik. Dua elemen penting lain yang mewarnai ghazal parti ialah tarian dan lawak jenaka. Pelawak terkenal ketika itu ialah Hassan putu mayong, Din tok arab, Husin kacong dan ramai lagi. Kemunculan mereka sebagai mengisi ruang pemain dan penyanyi berehat. Penari-penari ghazal parti pula disebut masri, yang terdiri dari lelaki berpakaian perempuan. Kemunculan mereka memang dinantikan bila bermula sebuah lagu baru dimainkan. Ramai yang terpesona dengan gaya dan lenggok keindahan tarian mereka mengikut irama padang pasir. Ketika ghazal parti berada di zaman kemuncaknya, persembahan ini menjadi acara wajib bagi acara keramaian dan juga di majlis-majlis perkahwinan. Ghazal parti juga diipersembahkan semasa pesta keramaian seperti sambutan hari kemerdekaan, pesta kebudayaan , majlis perasmian dan sebagainya. Ghazal Johor pula lebih puitis dan berentak lebih perlahan.Alat-alat muzik yang digunakan dalam muzik ghazal adalah seperti gambus,akordion,biola,duff, dan gendang.Pada masa ini,ghazal moden telah diiringi dengan alat muzik moden,disamping alat muzik yang saya nyatakan tadi.Alat muzik moden tersebut adalah seperti dram,gitar bass dan gitar elektrik. Untuk pembentangan yang kedua iaitu berkenaan dengan tajuk opera cina dan po te hi tidak dapat dijalankan dengan sempurna berikutan mereka tidak bersedia dek kerana masalah teknikal. Kesimpulannya, kumpulan yang membentangkan tajuk ghazal berjaya menyampaikan tentang muzik Ghazal kepada audiens. Ia sedikit sebanyak membantu saya dalam ilmu muzik Ghazal.

1 comments:

SMP2252 UMAIRAH on September 29, 2010 at 5:17 PM said...

Assalamualaikum w.b.t

Sememangnya muzik ghazal sungguh indah dan merdu. Seperti di Johor misalnya, masih banyak majlis-majlis keramian menghidangkan persembahan muzik ghazal. kebanyakan pemain ghazal yang saya kenali memainkan muzik secara by heart. Mereka tidak menggunakan not-not muzik. Saya amat berharap muzik ghazal ini dapat diketengahkan dan persembahan seperti konsert ghazal yang pernah dilakukan seperti dahulu di persembahkan lagi. Persembahan sebegitu amat menarik..

wa'salam...

Post a Comment

 

SMP2252 FARIQ Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template