Sunday, September 26, 2010

Minggu 8 : Jurnal Refleksi

Assalamualaikum...
refleksi pada minggu ini menampakkan pembentangan sebuah kumpulan mengenai Boria. Di negara ini, boria berasal dari Pulau Pinang. Akan tetapi, ia dipengaruhi dari luar sebenarnya. Boria adalah sejenis teater yang amat popular di negeri utara Malaysia, terutama Pulau Pinang. Secara umumnya asal permainan boria dikaitkan dengan peristiwa Karbala di Parsi. Persembahan boria mempunyai dua segmen iaitu sketsa dan nyanyian. Nyanyian boria diketuai oleh seorang tukang karang (biasanya akan memegang tongkat penunjuk ketika menyanyi). Rangkap karangan boria yang hujung sukukatanya sama setiap rangkap kisahnya berkaitan dengan sketsa yang dipersembahkan.
Sailor yang terdiri lebih dari enam orang di belakang tukang karang akan menyanyi dengan mengulangi rangkap pertama nyanyian tukang karang tadi. Alat-alat muzik boria telah berubah mengikut peredaran masa. Namun begitu penggunaan alat-alat muzik seperti violin, marwas, gendang panjang, akordian, harmonika adalah digalakkan. Kumpulan terbabit memtangkannya dengan begitu padat. Dari segi sejarah, alat muzik dan sebagainya

0 comments:

Post a Comment

 

SMP2252 FARIQ Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template