Assalamualaikum dan salam sejahtera.....
Pada minggu ke 10 ini, sampai masa kumpulan saya membentangkan tentang muzik orang asli di malaysia. Tetapi, sebelum kumpulan kami membuat pembentangan, kumpulan lain terlebih dahulu membuat pembentangan berkenaan muzik klasikal india.
Muzik klasikal india
Secara keseluruhannya, pembentangan kumpulan mereka adalah biasa-biasa sahaja. Ini kerana, mereka tidak menyentuh dengan mendalam tentang muzik klasikal india ini. Umum mengetahui bahawa muzik klasikal india ini amat menarik serta luas skopnya, tetapi kumpulan mereka tidak membentangkannya secara detail. Ini mungkin kerana bahan untuk membuat kajian tentang muzik klasikal india di Malaysia amat sukar diperolehi. Walaubagaimanapun, kumpulan mereka telah berusaha dengan pergi ke Batu Caves untuk membuat kajian tentang muzik ini.
Muzik orang asli
Kumpulan kami terdiri daripada 3 orang ahli kumpulan sahaja iaitu Ahmad Hafzan, Ernie Juan Prima, dan saya Muhamad Fariq Hakime. Kajian lapangan kami ke muzium orang asli di Gombak agak mengejutkan kerana pihak muziun lebih fokus kepada adat - adat dan kehidupan orang asli sahaja. Manakala untuk muzik orang asli adalah sangat kurang infonya. Salah satu muzik orang asli yang dapat disampaikan pada hari pembentangan itu adalah Sewang.
SOAL SELIDIK PENDEKATAN P&P PENSYARAH SMP2252
-
Salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi memberikan kerjasama untuk
mengisi soal selidik ini. Ianya mengandungi 8 soalan pilihan dan 4 soalan
terbuka. B...
13 years ago
1 comments:
persembahan pembentangan yang menarik hasil daripada kajian lapangan yang dilakukan.tahniah atas usaha kumpulan anda
Post a Comment