Saturday, August 28, 2010

Minggu 7 : Jurnal Refleksi

Assalamualaikum.....
dalam minggu ke 7 ini, pembentangan dijalankan oleh 2 kumpulan yang terlibat.
Antara konten yang dibentangkan ialah Muzik Tradisional Malaysia dan Zikir.

Muzik Tradisional Malaysia


Merangkumi 3 aspek perkembangan iaitu Slide 6
-Barat, China dan India, dan Dunia Melayu Lama meliputi Indonesia,
Thailand dan sebagainya.
-
Slide 6 Pengaruh dan Perkembangan dilihat dari sudut pengaruh alat muzik yang menjadi asas kelahiran alat2 muzik tradisional Melayu.
-
Slide 6 Perbincangan terhadap pergerakan manusia dan sosio-budaya yang memberi initasi dalam perkembangan muzik dan peralatannnya di Malaysia secara khusus.

Terdapat alat muzik yang di panggil alat tiup (seruling). Ia
Slide 8 Dihasilkan dengan tulang binatang-ada lubang jari. Dimainkan oleh orang-orang primitif Homo Saphiens. ianya Slide 8
berkembang di lembah Mesapotemia-upacara keagamaan dikaitkan dgn nafas tuhan, upacara di kuil-kuil dan istana. Di Mesir, terdapat alan tiupan yang sempurna dari segi pembuatannya, ia dimainkan untuk menghiburkan raja-raja.

Antara faktor-faktor pengaruh dari India, China dan Timur tengah ialah kekacauan di Asia tengah (china) dan penghentian bekalan emas oleh empayar rom (India). Penyebaran agama juga menjadi faktor juga dari tanah arab. Antara alat muzik yang di bawa masuk ialah :

-gambus
-Rebab
-Sitar
-Serunai
-Kompang
-Gong

Antara seni persembahan yang dibawa masuk ialah :

-Wayang kulit
-Hadrah
-Dabus
-Nobat
-Ghazal
-Bangsawan
-Tarian singa
-Tarian naga

Pengaruh dari Eropah :

Pengaruh dari eropah terdiri dari 3 negara iaitu Portugis, Belanda dan Inggeris. Antara alat muzik yang mempengaruhi muzik Malaysia adalah :

-Gitar
-Clavichord
-Biola
-Mandolin
-Banjolin
-Trumpet
-Saxophone



Zikir

Sebelum pembentangan dibuat, beberapa video berkenaan zikir ditayangkan.
Maksud zikir ialah Di dalam Islam, zikir lebih merujuk kepada ingat kepada Allah atau menyebut nama-nama Allah. Di dalam Islam, zikir kepada Allah adalah sebahagian ibadat dan orang Islam yang melakukannya mendapat pahala. Alim ulama bersepakat mengatakan zikir yang paling disukai ol
eh Allah adalah subhanAllahi wabihamdi. Zikir berasal dari perkataan Arab yang
Slide 9
¡bermaksud ingat atau sebut. Di dalam Islam, zikir lebih kepada ingat kepada allah atau menyebut-nyebut nama Allah. Didalam Islam, Zikir akan mendapat pahala.


Berikut adalah beberapa pendapat tokoh tentang zikir :


Slide 11

Imam An- Nabawi

Keluasan ruang litup zikir bukan sahaja terhad kepada sebutan- sebutan zikir yang lazim bahkan merangkumi segala aspek gerak hati, sebutan dan amalan

Imam Hassan Al- Banna

Zikir itu bukan terhad kepada sebutan perkataan semata- mata bahkan bagi beliau taubat adalah zikir, bertafakur adalah zikir, mencari rezeki yg halal adalah zikir, menuntut ilmu adalah zikir bahkan setiap urusan yang dilakukan di dalam rangka menghampiri diri kepada Allah adalah zikir


Sejarah zikir



Sejarah zikir di Tanah Melayu bermula seiring dengan kedatangan Islam ke Tanah Melayu iaitu sekitar abad ke- 7 masihi. Dengan wujudnya agama Islam masyarakat di Tanah melayu tidak lagi mengamalkan cara hidup berkonsepkan anamisme tetapi berasaskan syariah Islam. Zikir dijadikan amalan dan panduan hidup umat Islam. Perkembangan zikir pada zaman moden ini dilihat sangat meluas apabila zikir digunakan dalam acara- acara tertentu seperti dalam majlis tahlil, majlis khatam quran dan majlis rasmi yang lain.


Pengaruh Zikir


Menurut Mazhab Shafi’e, berzikir dengan kuat harus untuk imam dan tidak (harus) untuk makmum tetapi beliau tidak secara terang-terangan mengatakannya haram atau sesat mahupun bidaah .

Menerangkan dan berpendapat bahawa mana-mana imam berzikir dengan apa yang beliau nyatakan, sama ada secara kuat, mahupun senyap, atau selain daripada cara keduanya, maka ia adalah baik (hasan).

Mazhab Shafi’e juga berpandangan, “Dan aku memilih (pendapatku) untuk imam dan makmum berzikir kepada Allah selepas selesai solat, kedua-duanya berzikir dengan senyap. Kecuali sekiranya imam dalam keadaan wajib dipelajari daripadanya sesuatu (cara bacaan berzikir), maka dia boleh melantangkan zikir sehingga ia melihat sesungguhnya mereka mempelajari daripadanya, kemudian dia berzikir secara senyap”. Imam al-Syafie memilih perkataan ‘memilih’ untuk menguatkan pandangannya.


Pengaruh lain



¡ Secara umumnya, pola zikir ini biasanya bermula dengan Fatihah adz-dzikir. Mereka akan duduk dalam lingkaran, atau dalam dua baris yang saling berhadapan dan ketua atau imam akan berada di tengah pusat lingkaran atau dihujung barisan.

¡ Khusus mengenai zikir al-asma al-husna dalam zikir ini, kebijaksanaan dari seorang pembimbing khusus mutlak diperlukan untuk mengajari dan membimbing anak buahnya.

¡ Hal ini kerana penerapan zikir al-asma Husna yang keliru dianggap akan memberi kesan yang berbahaya, secara rohani dan mental terhadap orang-orang disekelilingnya yang sedang mengikuti zikir tersebut.





Tahlil

Tahlil merupakan majlis yang di adakan apabila ada kematian berlaku. Ia merupakan alunan zikrullah La illaha illa Allah.

Berasal daripada Tanah Jawa dan mendapat pengaruh daripada Hindu. Seiring dengan kedatangan Islam, pengaruh Hindu dalam majlis tahlil digantikan dengan ajaran-ajaran Islam.


Kesimpulan

- Zikir bukan semata- mata digunakan selepas solat sahaja.

- Pemodenan dan pembaharuan dalam zikir adalah untuk menarik minat dan memudahkan orang mengingati ayat- ayat zikir.




1 comments:

SMP2252 SALWA on August 30, 2010 at 12:50 PM said...

bagus

Post a Comment

 

SMP2252 FARIQ Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template