Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Pada minggu ke-5 ini, menampakkan kita telah belajar alat muzik tradisional iaitu gamelan dan caklempong. Lazimnya, muzik tradisional gamelan dan caklempong ini sinonim dengan masyarakat Melayu dan ia dikatakan muzik tradisional negara ini. Tetapi, tahukan kita bahawa gamelan dan caklempong ini berasal dari mana?
Gamelan :
(Sejarah)
Berasal dari bahasa Jawa yang bermaksud ditabuh atau dipukul. Ini mungkin kerana peralatan muzik gamelan tergolong dalam kumpulan alat perkusi yang dibunyikan dengan cara ditabuh atau dipukul.
Alat muzik gamelan diperbuat daripada perunggu dan kayu, dan ada juga dari besi dan buluh. Alat-alatnya mempunyai larasan yang tetap atau ‘fixed tuning’.
Permainan muzik gamelan dilakukan secara ensembel. Persembahannya hanyalah lengkap dan sempurna apabila dimainkan secara berkumpulan. Namun muzik gamelan juga boleh dipersembahkan secara tersendiri.
Wujud semenjak T.M 1. alat gamelan yang pertama sekali dicipta ialah gong. Kemudian alat-alat yang lain dicipta mengikut peredaran zaman.
Pada awal tamadun Melayu, gong merupakan alat yang penting dibunyikan sebagai tanda sesuatu upacara bermula atau sesuatu peristiwa berlaku. Pada zaman Pemerintahan Kerajaan Demak di Jawa, gamelan digunakan untuk berdakwah oleh ahli sunan (kiai).
Kini gamelan dikenali di seluruh dunia sebagai muzik etnik yang unik yang mempunyai keistimewaannya tersendiri.
Gamelan dipercayai berasal dari Indonesia, tetapi terdapat juga alat gamelan yang serupa di negara jiran seperti Filipina, Thailand, Cambodia dan sebahagian Vietnam. Di antaranya Kulintangan di Sabah, Sarawak, Brunei, Mindanao dan Celebes. Namanya mungkin berbeza dari satu tempat ke tempat lain tetapi bentuk alat serta susunannya adalah lebih kurang sama. gamelan juga terbahagi kepada 2 jenis iaitu gamelan melayu dan gamelan jawa.
(alat muzik gamelan)
-gendang
-keromong/bonang
-saron barung
-sarun penerus/pekin
-gambang
-kenong
-gong
berikut merupakan alat muzik gamelan jawa :
-gendang (ketipung, jiblon, bem)
-bonang/keromong
-demung
-saron barung
-saron penerus/pekin
-gambang
-kenong
-kempol
-gong
(sistem tonal)
Tanpa notasi. Notasi tidak penting dan lagu lama tidak dicatat. Muzik ini dipelajari secara tidak formal melalui pendengaran bermula dengan yang mudah dan beransur kepada kompleks.
Pada abad ke-19, sistem menggunakan nombor diperkenalkan untuk memudahkan pemuzik memainkan ‘repetoire’/lagu yang telah banyak berkembang. Sistem menggunakan nombor ini dikenali sebagai Sistem Kepatihan dan sistem ini kekal digunakan sekarang.
Caklempong :
Dikenali sbg telempong, tak lempong talempong. Terdapat di Daerah Lenggeng, Kuala Pilah dan Jelebu di N. Sembilan. Berasal dari Minangkabau. Mengiringi nyanyian, tarian lilin, pencak silat, majlis perkahwinan dan keramaian. Terdapat juga dalam drama tarian randai.
Alat muzik caklempong:
-Bonang
-Gereteh
-Tingkah
-Sauwa
-Gendang ibu dan anak
-Bangsi
-Serunai
(sistem tonal)
SOAL SELIDIK PENDEKATAN P&P PENSYARAH SMP2252
-
Salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi memberikan kerjasama untuk
mengisi soal selidik ini. Ianya mengandungi 8 soalan pilihan dan 4 soalan
terbuka. B...
13 years ago
0 comments:
Post a Comment