Saturday, August 7, 2010

Minggu 4 : jurnal refleksi

Minggu 4 : jurnal refleksi

Assalamualaikum dan salam bahagia

Wayang kulit merupakan sejenis hiburan pementasan bayang yang terhasil dari patung yang dibuat daripada belulang (kulit lembu/kerbau/kambing). Terdapat pelbagai jenis wayang kulit bergantung kepada tempat asal mereka.

Ia merupakan seni tradisional Asia Tenggara merangkumi Thailand, Malaysia dan Indonesia yang terutama berkembang diPhattalung wilayah selatan Thailand, Jawa dan disebelah timur semenanjung Malaysia seperti di Kelantan dan Terengganu.

Wayang kulit dimainkan oleh seorang dalang yang juga menjadi narator dialog tokoh-tokoh wayang, dengan diiringi oleh muzik gamelan yang dimainkan sekelompok nayaga dan tembang yang dinyanyikan oleh para pesinden.

Dalang memainkan wayang kulit di balik kelir, iaitu layar yang terbuat dari kain putih, sementara di belakangnya disuluhkan lampu eletrik atau lampu minyak (dian), sehingga para penonton yang berada disebelah berlawanan layar dapat melihat bayangan wayang yang berada ke kelir. Untuk dapat memahami cerita wayang (lakon), penonton harus memiliki pengetahuan akan tokoh-tokoh wayang yang bayangannya tampil di layar.

Wayang kulit lebih popular di Jawa bahagian tengah dan timur, sedangkan wayang golek lebih sering dimainkan di Jawa Barat.


Wayang Kulit di Malaysia

Di Malaysia sahaja terdapat empat jenis persembahan wayang kulit iaitu Wayang Kulit Melayu, Wayang Kulit Gedek, Wayang Kulit Purwa (atau Wayang Kulit Jawa) dan Wayang Kulit Kelantan (atau Wayang Kulit Siam). Kesemua empat jenis wayang kulit ini hanya boleh ditemui di Semenanjung Malaysia.

Wayang Kulit Melayu Kelantan dikatakan berasal dari Kemboja dan dibawa masuk melalui Patani, Selatan Thailand. Ceritanya berdasarkan Hikayat Ramayana dan penglipur lara tempatan. Watak-watak wayang kulit ini menggunakan loghat Kelantan. Antara watak penting ialah Hanuman, Sri Rama, Sita Dewi, Maharaja Rawana dan Laksamana.

Wayang Kulit Jawa dikatakan berasal dari Wayang Kulit Purwa Jawa, Pulau Jawa, Indonesia. Patung-patungnya membawa watak dari cerita Mahabratha dan cerita-cerita Panji. Wayang kulit ini diperkenalkan ke negeri Kelantan pada 1834 oleh seorang tok dalang Melayu selepas mempelajari teknik-teknik Tok Dalang di Pulau Jawa. Watak wayang kulit ini ialah Sang Kula, Raden Galoh Cendera Kirana, Arjuna, Sang Dewa dan Raden Inu Kartapati.

Wayang Kulit Purwa terkenal di kawasan selatan Semenanjung Malaysia. Ia menggunakan loghat Jawa.

Wayang Gedek terkenal di Kedah dan Perlis. Ia menggunakan loghat utara (Kedah-Perlis). Dua watak utama ialah Etong dan Ekau. Wayang jenis ini menggunakan patung yang berpakaian moden seperti kebaya pendek.

Wayang kulit Kelantan

Wayang Kulit Siam (atau juga dikenali sebagai Wayang Kulit Kelantan) adalah merupakan satu kesenian wayang kulit yang berasal dari negeri Kelantan Darul Naim, Malaysia. Di antara empat jenis wayang kulit yang terdapat di Malaysia, Wayang Kulit Siam adalah yang paling popular sejak dari zaman dahulu hingga ke hari ini.

Suatu ketika dahulu, ia pernah mendapat tempat di kalangan penduduk negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah dan Perak serta Patani – sebuah negeri Melayu-Islam di selatan Thailand yang kini telah dibahagikan menjadi empat buah wilayah iaitu Pattani, Yala, Narathiwat dan Songkhla. Wayang Kulit Siam disampaikan dalam bahasa Melayu loghat Kelantan.



3 comments:

Marlin on August 15, 2010 at 1:46 PM said...

Ulasan yang ringkas dan padat. Mungkin anda boleh memasukkan video yang berkaitan dengan tajuk ini untuk menjadikan refleksi anda lebih menarik. Teruskan usaha.

SMP2252 FARIQ on August 23, 2010 at 8:14 AM said...

Terima kasih marlin. Akan saya usahakan untuk refleksi yang akan datang.

Anonymous said...

itu artikel tentang wayang kulit kelantan, tapi kok gambarnya wayang kulit jawa?

menyesatkan
-_-

Post a Comment

 

SMP2252 FARIQ Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template